GUA KELAM, KAKI BUKIT, PERLIS.
Monday, February 15, 2010
Salah satu dari gua yang paling menarik di Malaysia ialah gua yang berukuran 370-meter panjang berhampiran pekan kecil Kaki Bukit yang dinamakan Gua Kelam.
Gua Kelam terletak kira-kira 33km ke utara Kangar iaitu ibu negeri Perlis dan sangat popular kerana laluan guanya yang sangat menarik di mana pelawat boleh memasuki gua ini melalui pintu utama dan keluar di tempat yang lain.
Satu-satunya jalan untuk ke gua ini ialah melalui sebatang jambatan kayu yang tergantung. Jambatan ini menghubungkan Kaki Bukit dengan Lembah Wan Tangga iaitu sebuah lembah di hujung Gua Kelam.
Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat tempatan dan asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu.
Bunyi yang agak menyeramkan ini meningkatkan lagi suasana misteri yang terdapat di gua ini yang dahulunya pernah digunakan oleh penduduk zaman purba sebagai tempat tinggal.
0 comments:
Post a Comment