Search This Blog

Showing posts with label PERLIS. Show all posts
Showing posts with label PERLIS. Show all posts

GUA KELAM, KAKI BUKIT, PERLIS.

Monday, February 15, 2010


Salah satu dari gua yang paling menarik di Malaysia ialah gua yang berukuran 370-meter panjang berhampiran pekan kecil Kaki Bukit yang dinamakan Gua Kelam.
Gua Kelam terletak kira-kira 33km ke utara Kangar iaitu ibu negeri Perlis dan sangat popular kerana laluan guanya yang sangat menarik di mana pelawat boleh memasuki gua ini melalui pintu utama dan keluar di tempat yang lain.
Satu-satunya jalan untuk ke gua ini ialah melalui sebatang jambatan kayu yang tergantung. Jambatan ini menghubungkan Kaki Bukit dengan Lembah Wan Tangga iaitu sebuah lembah di hujung Gua Kelam.
Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat tempatan dan asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu.
Anda masih boleh melihat peninggalan operasi melombong di sini. Sambil anda berjalan di dalam gua ini, bunyi air dari anak sungai yang mengalir di bawah tanah berserta bunyi decitan kelawar dan titisan air dari bongkahan stalaktit bergabung membentuk bunyi semulajadi yang unik.
Bunyi yang agak menyeramkan ini meningkatkan lagi suasana misteri yang terdapat di gua ini yang dahulunya pernah digunakan oleh penduduk zaman purba sebagai tempat tinggal.

Read more...

MURNI HOME STAY, TAMAN GURU JAYA, KANGAR, PERLIS.

Tuesday, November 24, 2009

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvaxtQw2ESJ6mOjuqqjwrg2B9IFLl0xy9oM9s-Bkv5SnH2gYF3wB_WW_gULY-GbtIa7aLKWk-owOUR4NLf1re2IpSVvrpecPLehQsJ21-y2Z39UEMYhMCc4vv3eDl0PBazFgXVrne1TDCN/s320/DSC03687.jpg


Tawaran Istimewa 2009 Murni Homestay (RA0008291)
Rumah Kembar dua tingkat dengan 5 bilik berhawa dingin, sudut riadah, karaoke, astro dan streamyx
menawarkan potongan harga penginapan sebuah rumah sehingga 75% daripada biasa seperti berikut:

1. penginapan semalaman harga RM 350
2. penginapan 2 malam harga RM 650
3. penginapan 3 malam harga RM 900

Lokasi:

24, Jalan Ilmu,
Taman Guru Jaya 01000
Kangar Perlis

3 Km dari pusat bandar Kangar.
1 km dari bulatan hala ke Jalan Padang Besar
Bertentangan dengan bangunan IBU SAWAT TELEKOM

Kemudahan sampingan:
Dekat masjid, Pasaraya Utama, Stadium Kangar,
Stesen minyak Shell, Petronas, Caltex.

Untuk tempahan sila hubungi:

Pn Asnah 019 4477525 | Pn Liza 017 5583573 | En Sofi 017 4135314 |
http://murnimaju.blogspot.com/


Kami juga mempunyai cawangan di:

No 65, Lorong 5,
Kampung Guru,
01000 Kangar,
Perlis.


View Larger Map

Read more...

MAP GOOGLE

LETAK HOMESTAY ANDA DISINI, CALL / SMS "HOMESTAY NAMA LOKASI" UNTUK DIHUBUNGI KE 6017-5658123

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP